Monday, November 2, 2009

yusofDESTINY hilang..?

Salam...

Sabar jangan cemas..hehe... YUSOF tak hilang ke mana-mana...
Sebenarnya ramai yang tanya DESTINY untuk slot dalam Salam.fm tempoh hari kenapa yusof tiada... kite dengar penjelasan dari yusof sendiri... yusof, ooo yusof...

Ye, salam kepada semua pengunjung blog DESTINY, sebelum tu mohon maaf kepada semua yang bertanyakan ketiadaan saya untuk slot di salam.fm. Sebenarnya masa hari jemputan tersebut, saya terpaksa pergi ke Ipoh untuk menguruskan soal praktikum saya untuk tahun hadapan... Selepas selesai menguruskan hal tersebut saya pulang ke kampung. tapi bukan di Pahang tetapi di Kg Sg Samak di Perak untuk menjenguk keluarga angkat saya di sana... jadi terpaksa la saya Q kejap untuk slot di salam.fm tersebut... Namun, DESTINY menerima banyak respon positif dari semua pendengar salam.fm dalam mengendalikan slot pada malam tersebut... syabas rakan-rakanku.. =). InsyaALLAH DESTINY akan updatekan gambar-gambar sepanjang slot tersebut berlangsung sikit masa lagi yer, tunggu...=)

periksa oh peperiksaan...

Salam kepada semua...

Kepada rakan-rakan yang masih menuntut di IPTA dan IPTS seluruh negara, dan juga kepada adik2 yang bakal menduduki peperiksaan besar PMR, SPM, STPM dan sebagainya...DESTINY pasti yang rata2 time ni semua sibuk dengan study... So, DESTINY ucapkan selamat berjaya kepada semua, semoga anda mendapat result yang best untuk sem ni...

Ahli DESTINY pon sekarang ni tengah sibuk jg nak hadapi peperiksaan, terutama saudara ROZIE... katanya banyak yang perlu dibaca... maklumlah mendengar nama programnya sj dah nampak susah... Sains Geoinformatik... lebih kurangla... study elok2 insyaALLAH...

Bagi YUSOF dan SAUFI pula, rata2 masih sibuk dengan tugasan atau projek akhir... maklum la orang seni, kerja pon perlu berseni n take time.. huhuhu... dalam pada tu jg, buku tetap kene baca...

RIZAL pula sekarang ni dah x sibuk dengan buku2 lagi, dah abis blaja, tunggu pentauliahan Ijazah Sarjana Muda je... ermm seronoknya... bulan 3 insyaALLAH. Sekarang ni RIZAL lebih selesa membuat kerja2 sambilan dan memberi lebih fokus kepada aktiviti DESTINY...

Okla... kepada semua yang bakal dan sedang menduduki peperiksaan, selamat berjaya... Biar "demam peperiksaan" xpe.. jangan demam betul2 t susah pula nak jawab periksa. jaga kesihatan diri, emosi dan rohani dan banyakkan berdoa...insyaALLAh semuanya baik... aminnn..=).

Sambil2 tu hayati lirik ISTANA KASIH, lagu adaptasi sebuah sajak merupakan salah sebuah lagu dalam album DESTINY dan sangat sesuai untuk anda yang bergelar pelajar...hayatinya...

"ISTANA KASIH"

Kau melangkah kaki

Bagai seorang serikandi

Kau pasrahkan impian kepada Tuhan

Memberi sinar penawar kebahagiaan

Mekar taman pengorbananmu

Seribu harapan menghiasi kalbu

Sejuta impian menanti di pintu

Istana kasih sayang ayah bondamu

Di matamu tergenang kesabaran

Di wajahmu terlukis kesetiaan

Nuranimu danau yang syahdu

Bila berpisah kami mengingatimu

Bila berjauhan kami merinduimu

Kau pengikat kasih

Titis keringatmu kalungan mutiara

Di menara ilmu tercinta

Kembang pun berdoa mengharum jiwa…

lagu DESTINY dalam carta...

Salam buat semua sahabat blog... semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera di bawah naungan rahmat ALLAH SWT...

DESTINY rase cukup bertuah dan bersyukur kerana dengan izin dan aturan-Nya, DESTINY dapat berada pada tahap ini sekarang...

DESTINY juga nak ucapkan terima kasih bebanyak kepada semua rakan2 kerana tidak putus2 memberi sokongan dan galakkan kepada DESTINY, sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang dalam industri nasyid ini...

Semakin hari, semakin ramai kenalan baru yang menjengah warung blog DESTINY ini dan juga web terbaru DESTINY...

Terima kasih kepada anda semua yang memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kami... untuk pengetahuan semua juga terutama kepada pendengar setia IKIM.FM, single terbaru DESTINY iaitu istana kasih ciptaan Amar dan lirics Ihsan Noorzali telah mula diputarkan dan telah juga dicalonkan dalam carta ikim.fm pilihan utama... dengar-dengarkan...

Ramai juga rakan yang tanya DESTINY mcm mane nak undi lagu dalam carta... Atas permintaan ramai caranya mudah sahaja... undian boleh dilakukan melalui sms dengan menaip, ikim carta vote (kod lagu). dan hantarkan ke 33886. (ayat promo daripada dj erwan, huhuhu=))

Bagi lagu hati kata rindu kod lagu 83 dan istana kasih 96. Kalau nak mengundi lagu2 lain pon blh juga caranya sama sahaja, tapi perlulah tahu kod lagunye dahulu.. =)

Bersama semarakkan industri nasyid Malaysia... =)

Wednesday, October 21, 2009

Posing dengan cikgu-cikgu di SKSS...;)


peminat-peminat cilik...


tak kering gusi melihat telatah bakal2 kecil dari SK Sg Selisik... ade yang menyanyi, menari... memang seronok...

Show Di Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Selisik...

salam kepada semua pengunjung blog DESTINY...diharapkan anda semua sihat bersama lindungan Allah..di sini kami ingin kongsikan kemeriahan show di SKSS bersama pelajar dan guru2 di sana..seronok...meriah sungguh pelajar2 di SKSS ...memng sporting sangat...terima ksih ye pada semua..

Monday, October 5, 2009

Sekitar@DESTINY

Salam...

Untuk pengetahuan semua, sekitar @DESTINY minggu ini InsyaALLAH destiny akan memenuhi 3 undangan persembahan. Khamis 8hb, DESTINY akan berada di UNISEL selangor bagi sama2 menjayakan persembahan bersama kumpulan UNIC. Ramai juga rakan2 dan kenalan baru dari UNISEL yang sudah respon ( melalui blog dan SMS) akan kedatangan kami ke sana.... Rata2 seronok dan mengalu-alukan kedatangan kami. InsyaALLAh... DESTINY cukup teruja atas alu-aluan tersebut.. terima kasih UNISEL...

Selain itu, pada 9hb pula iaitu hari Jumaat, DESTINY akan berada di SK. Kg Selisik untuk membuat persembahan sempena sambutan hari raya peringkat sekolah tersebut... sebenarnya sekolah inilah Rizal jalani latihan mengajar... Katanya, anak2 murid xcited nak jumpe DESTINY... =). Selalunya Rizal lah yang akan menjadi 'mangsa' untuk menyanyi jika ada sebarang majlis di sekolah tersebut... Alhamdulillah kali ini DESTINY akan bersama warga SK Selisik untuk memeriahkan majlis... tunggu.... =).

Pada 10 hb, Sabtu... DESTINY akan berada di UiTM Shah Alam untuk menjayakan program mereka di sana. DESTINY difahamkan, ada pertandingan nasyid peringkat dalaman UiTM Shah Alam... kami sebagai jemputan untuk selingan program mereka... terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput pihak kami... Haa... kepada student2 UiTM nantikan kami di tempat anda... =).

Demikian, sekitar@DESTINY yang telah comfirm... diharapkan kehadiran kami akan dapat sama2 mengeratkan lagi ukhuwah sesama kita... nantikan kami... syukran.. =).


aktiviti@DESTINY

Salam...

Terasa penat sungguh hari ini... terlalu banyak kerja yang perlu diselesaikan dengan secepat mungkin... Apa lagi kalau bukan tugasan sebagai seorang mahasiswa... namun semua itu adalah lumrah dan asam garam bagi semua yang bergelar mahasiswa...

Oh ya... mungkin ramai yang belum tahu, Rizal kini baru sahaja tamat latihan mengajarnya sebelum raya Aidilfitri lalu... seronok rasanya tengok rakan sudah lepas... tunggu masa untuk dipanggil posting sahaja... =). Katanya sungguh seronok, sayang nak tinggalkan sekolah, terutama anak-anak didik yang makin mesra dan nakal...huhuhuh.

Saya dan Saufie pula macam biasa, kini sudah masuk minggu ke-12, masing2 sibuk untuk menyelesaikan projek akhir untuk dinilai pensyarah... Saya juga akan menjalani latihan mengajar bermula bulan JANUARI tahun hadapan, InsyaALLAH... Saufie pula masih berbaki 2 tahun lagi di UPSI... doakan kami semua berjaya mencapai cita-cita menjadi seorang pendidik anak bangsa kelak... aminn...

Kembar Saufie, Rozie walau berjauhan nun di hujung selatan, tapi sering berhubung bertanyakan aktiviti dan program yang bakal DESTINY ikuti... Rozie pun sibuk dengan tugasannya... Rozie ni aktif orangnya... di UTM die bukan sahaja sabagai seorang student, tapi aktif untuk persatuan, sebagai penceramah dan aktiviti2 amal... syabas ustaz... =).

Thursday, October 1, 2009

SALAM LEBARAN....

SALAM LEBARAN.... rasenye masih belum terlambat untuk DESTINY ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia....
Sesungguhnya Lebaran merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam kerana telah berjaya mengharungi Ramadhan sebulan...

DESTINY juga ingin memohon maaf atas kelewatan dalam update blog ini. Faktor masa dan kekangan kerja menyebabkan kelewatan tersebut... =).
Alhamdulillah, DESTINY kini sudah mempunyai laman web sendiri yang baru sahaja beroperasi Syawal ini... Dengan wujudnya web DESTINY ini, insyaALLAH akan lebih mengeratkan hubungan dan kenalan-kenalan di luar sana... Selain itu, segala gerak kerja dan aktiviti DESTINY akan sentiasa di update pada laman tersebut insyaALLAH... Tq untuk Abg Sani atas usahanya bagi mewujudkan web terebut... Singgah-singgahlah ke web kami... www.mydestiny.my atau anda boleh terus click link pada DESTINY@web, kat sebelah kanan tue... =).

Oh ye... selepas ini blog DESTINY ini akan terus beroperasi seperti biasa, tapi isi kandungannya adalah akan lebih kepada coretan2 suka duka DESTINY serta segala apa yang berkaitan...
sebarang cadangan anda boleh usulkan kepada kami... Segala urusan formal boleh terus ke web kami atau hubungi pengurus kami Abg Sani... terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang menyokong kami, D.E.S.T.I.N.Y...=).

Saturday, September 5, 2009

Sekitar@TV3 (MHI)


Salam... Syukur Alhamdulillah, dengan izin-Nya DESTINY diberi peluang ke (MHI) TV3. Slot yang berlangsung selama 15 minit tersebut, insyaALLAH dapat mendekatkan lagi DESTINY dengan anda semua, terutama yang menyokong kami selama ini. terima kasih kepada penerbit MHI kerana mengundang kami. dengar khabar juga sepanjang bulan Ramadhan ini, pihak MHI telah menyediakan ruang dan peluang kepada ramai artis nasyid tanah air untuk sama-sama menjayakan program mereka. sama-samalah kita saksikan ye...=)


Ramai juga rakan-rakan yang tanya DESTINY, macam mane nak tengok DESTINY dalam MHI, coz terlepas siaran... ermm kami pun tak pasti la juga mcm mane ye, tapi insyaALLAH foto-foto yang dilampirkan ni dapat memuaskan hati anda semua.... sekali lagi terima kasih atas sokongan anda.. Salam Ramadhan=)



sempat bergambar sebelum slot berlangsung...

tengah tunggu 'Q' 5,4,3,2,1 action...huhuhu

pose dulu..heheh

kesempatan DESTINY bersama orang besar Kementerian Pelajaran Malaysia...

Selepas program... cube teka mana Rozie, mana Saufie...?

Tuesday, September 1, 2009

Destiny@TV3

Salam, kepada semua saksikan DESTINY di MHI TV3 pada 3 September 2009 (Khamis). Destiny akan menyampaikan sekurang-kurangnya 2 buah lagu, seterusnya mempromosikan album sulung DESTINY. Nantikan...

Ramadhan menjelma lagi...


Salam, terngiang-ngiang lirik lagu Marhaban Ya Ramadhan dendangan kumpulan Rabbani, dimana lagu tersebut mengajak kita supaya meraikan dan mengalu-alukan satu bulan yang cukup mulia dan penghulu segala bulan. DESTINY ingin mengucapkan salam ramadhan al-mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. sama-samalah kita merebut peluang dan kebaikan yang telah dihadiahkan oleh ALLAH swt pada bulan barakah ini, kepada semua hamba-NYA yang beramal soleh. semoga kita tergolong dalam kalangan hamba-hamba-NYA yang soleh dan solehan. aminnn...

sekitar@UTM

Salam, terima kasih kepada Universiti Teknologi Malaysia atas jemputan dan layanan yang diberikan bersempena Pesta Konvokesyen UTM ke 43. Berikut foto-foto yang sempat diabadi buat tatapan semua... =)

di bilik tamu sebelum ke tempat berlangsung


sekitar persembahan berlangsung

terima kasih sekali lagi buat warga UTM atas layanan yang diberikan...

Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH... buat Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim...


Jenazah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim

Seluruh Malaysia seakan terkejut dengan pemergian insan yang cukup dikenali iaitu Ustaz Asri Ibrahim atau Ustaz Asri Rabbani... Namun setiap yang hidup pasti akan kembali mengadap ALLAH SWT... satu KEPASTIAN bagi semua insan di dunia ini...

Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham... sama-sama lah kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama orang yang soleh...

AL-FATIHAH...

PERGI TAK KEMBALI - Ustaz Asri (Rabbani)


Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi